Wednesday, 23 February 2011

Dude Harlino & Asmirandah - Bunga-Bunga Cinta

klip instrument doaku Hadad Alwi_by asrull

AL - QURAN PENAWAR TERAGUNG


     22 februari 2011
                                                     AL – QURAN PENAWAR TERAGUNG
                                                      BY : NOR HAZLIZA BINTI ZAKARIA
Assalamualaikum saudara seagamaku..apa khabarkah iman mu? Apa khabar pula amal mu?..semoga iman dan amal kita sihat pada pandangan Allah..amin..sebagai bidayah kalam, saya akan mengingatkan kembali pada diri saya mahupun anda semua tentang hadis nabi muhammad s.aw yang membawa maksud ,”telah aku tinggalkan kamu dua perkara,sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya , nescaya kamu tidak akan tersesat selama – lamanya iaitu al – Quran dan sunah Nabi Muhammad S.A.W. “.
 Di sebalik sejuta rahsia yg tersembunyi di dalam al –Quran itu, , ia juga merupakan penawar teragung pada hati yang lalai dan dahagakan siraman kasih Illahi . tiap kata yang terkandung di dalam al – Quran , bahkan setiap huruf darinya adalah mukjizat . Tanpa kita sedari , setiap masalah yang mengunjungi kita ,ternyata  solusinya ada di dalam al – quran . Cuma gerakkanlah hati dan minda untuk menyelak setiap helaian hikmat untuk mencari jawapan & penyelesaian  kepada permasalahan tersebut . Dengan cara ini ,kita sebagai hamba akan merasa lebih dekat dengan Pencipta  apabila menjadikan al – Quran itu sebagai penghibur hati dan juga sebagai terapi di kala hati kita tak tentu arah . Kadang kala lenyap dari ingatan kita tentang hikmah di sebalik musibah yang melanda . Tetapi sekiranya hati kita ini yakin bahawa diri kita ini sebenarnya di dalam genggaman Yang Maha Pencipta , nescaya perasaan itu membuatkan kita tidak cepat berputus asa  , dan seterusnya tidak akan menolak takdir – Nya  sedikitpun. Oleh yang demikian , tatkala bibir menyebut kalimah Illahi, hadirkanlah bersama maknanya iaitu tiada daya ,dan tiada kekuatan melainkan izin Yang Maha Esa .
Al – quran juga merupakan penawar kedua untuk segala jenis penyakit . contohnya nafsu manusia yang perlu di kawal dengan jalan yang betul dengan  memahami  hikmah dan dan pengajaran yang terkandung di dalam al – Quran yang berupa tarhib dan targhib , berpaling dari kenikmatan dan mengejar keduniaan tetapi dengan  mendidik nafsu  lebih mencintai akhirat sehingga hati yang bersih menjadi tenang jika melihat apa yang bermanfaat pada dirinya serta menolak pada apa yang merugikannya . Dari sini , akan timbul benih – benih cinta pada petunjuk dan benci kepada perkara yang membawa kepada kesesatan Terbuktilah al – Quran adalah yang menghilangkan berbagai penyakit yang membawa kepada keinginan yang merosakkan diri manusia tersebut , sehinnga ia memperbaiki hati lalu membawa hati tersebut kembali kepada fitrah semulajadinya . Akhir kalam , jadikanlah al – Quran santapan rohani  kerana Al –Quran lah yang membersih , menguatkan dan meneguhkan iman manusia kepada al – Rabb .
Wassalam………